Tuesday, January 29, 2008

i believe....

Thursday, January 24, 2008

dari yang negatif


Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

3. utk zakat pendapatan yg kita kena bayar pada yang mampu, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.

5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.

10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

AND FINALLY ........

Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...

dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada

PENTING....tentang barah..baca kalau sayang keluarga...



Fakta kesihatan:
produk & makanan yg mengakibatkn kanser Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser.
1. Jika anda makan satay....
jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.
2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C !!.
Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.
3. Cuba yang ni.....bagi penggemar makanan ni "Bah Kut Teh" (babi).
Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat.Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar dari sana.Fakta diperolehi dari "Health Corporation of Singapore ".
4. Barah -akibat penggunaan bahan dalam shampoo.
Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka.
Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; Vo 5,Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi.
Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak".
Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.
5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang- kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya.
Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor.Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax keatas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak.
Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera.Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan.
Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu.
Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai "makan untuk mendapat barah"
Kalau istilah James Bond ==>Licence to kill!
6. Bawang Goreng segera,
Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan.
Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut.
Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

petua untuk tahan lama...

KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.
Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.Gunakan sebelah pada 31 December 2007.
Dan sebelah lagi pada 1 January 2008.
Wah...tahan sampai 2 tahun kan?
NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama,Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria.
Sebab tu lauk cepat basi.
Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.
BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Kalau untuk lebih 'tahan lama',
Bayarle zakat utk barang kemas tu atau pakai saja.
Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat.
Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa...
PAKAIAN.
Nak tahan lama Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat
elak guna washing mach.
Jangan jemur bawah mentari terik
elak guna bleach.
Jangan bawa mandi kat beach.
Gantung bila disimpan.
Cuci guna air jeram/hujan.
Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.
Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER...
BAJU SENDIRI SIMPAN.
KERETA
Nak tahan lama.
Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2.
jangan bagi angin masuk.
jangan bagi abuk masuk.
jangan bagi wap air masuk.
bayar loan bulan2. sampai abis loan.
gerenti tahan lama..
KENYANG
Kalau nak tahan lama,
Sebelum makan - baca bismillah dan doa
Akhir makan - doa dan ucap alhamdullillah. ..
UMUR
Umur nak tahan lama?
Banyak kan senyum,
jangan fikir semua masalah dan
jangan merokok!!!
(bukan sebab rokok tu bahaya tapi bazirkan duit saja,
kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah).
ROKOK
Rokok nak tahan lama?
Jangan hisapplah... ...!!!!,
letak atas meja dan pandang saja.
P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang...
sendiri mau ingat hahaaa....
TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam
Rajin-rajinlah tidur siang.
HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan,
Jujur dan ikhlas je!!!!
Last word:
SELAMAT BERTAHAN LAMA...............
sentiasa terbuka dan rasional.

lawak untuk difikirkan....

kalau anda fikir anda masih islam...bacalah..
kalau tidak......
Allah saja yang tahu...
Message:
Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini....
kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....
Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..
tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun...
lalu salah seorang lelaki tu bertempik
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....
daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu...
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat"
Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....
Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas.
selain terhibur anda fikirlahlah. .
Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman...
Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..
dia tak kata pun nak bunuh..
tapi generasi skrang..
amat lemah..
baru kena ugut terus lari lintang pukang..
lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi...
Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja..
tu pun bila time sembahyang jumaat..
tunjuk muka kat org kampung..
adatu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."
Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran
Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia
Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..
Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama
Lawak kan ???
Kenapa gelak??
tu kan realiti..
tapi yg paling lawak sekali..
berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain
berapa orang yang akan luangkan masa membaca? berapa banyak????
wallahuaallam

Thursday, January 10, 2008

Bila Aku Sudah Tiada





Bila, aku sudah tiada

Simpan semua lagu ku

Jangan di tangis selalu
Mungkin, itu sementara

Bila jumpa pengganti ku

jangan di lupakan aku


Pagi itu indah seperti biasa

Tidur yang lena terhenti di sana


Layap kuyu masih tak terdaya

Bukalah tingkap mu

Curahkan cahaya…


Siapa yang sangka

Bila tiba masa kita

Untuk pergi selamanya


Takkan terduga

Jika saat ni

Tuhan tentukan

Aku lah orangnya


Gelak tawa tangisan yang hiba

Kenangan kita masa di dunia

Alangkah indahnya jika

Kita mampu hidup selamanya…

ketulusan hati.......


Friday, January 4, 2008

TaNdA kItA aKaN mAtI....

Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 Hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 Hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. Tanda Akhir Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak forward this buletin...
may ALLAH SWT bless you.
Saling berpesan2lah sesama kita .

Thursday, January 3, 2008

jangan kau berputus asa


MUSLIMAH.......



Untuk renungan bersama....
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.
Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.
Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

anuar zain


Adik saya minat sgt kt dia ni....